Saturday, June 30, 2007

Jujurlah

hari khamis lepas Mouriey's balik awal. my mom ajak pegi bandar. beli barang-barang jahit. mak Mouriey's ambil upah jahit baju. keesokannya, (Jumaat) cam biasa, aktiviti mingguan... jogging kat Bukit Besar. kali ni best cket, kawan adik ikut serta. rasa heppi laa cket. dalam kol 9.00 dah sampai kat umah. kol 10.30 pagi dah terbungkang atas katil pas goreng nasik untuk adik-adik. ngantuk giler!! terkejut je, tengok jam dah kol 2.00. alamak, terbabas! dah tak sempat nak pegi pasar. just paksa bebudak tu makan nasik goreng jer. hikss!! kol 3.30, pegi umah anak sepupu bertunang. seb baik ada nasik minyak, hehehe..... malamnya Mouriey ngan adik pegi bandar. saja round-round. kebetulan kat pantai Batu Buruk ada Festival Terengganu. Start semalam, 29.06.07 hingga 14.07.07. Havoc betul!! Dah macam mini Genting Highlands laa plak. Mouriey's tengok jer. ingat nak naik buaian pusing je.... alerr cam ferris wheel tuh. adik plak tak nak. huhuhu...sabor je laa. kol 10.30 kitorang blah.


sebenarnya Mouriey's tak tau apa nak tulis. ada benda Mouriey's nak bagitau kat uol's. serba salah dibuatnya. nantilah, bila tiba saat dan ketikanya... Mouriey's bagitau. harap uol's tak terkejut. ehmmm.... Mouriey's nak tanya uol's. susah ke kita nak meletakkan kepercayaan seseorang terhadap kita? cam jenis Mouriey's ni, mudah percaya kat seseorang tu. ye lah, bila cinta menguasai segala-salanya, akibatnya langsung tak terfikir. mengikut pandangan Mouriey's, setiap perhubungan... tak kira lah dalam persahabatan, percintaan or anything else... kita memerlukan kejujuran. be honestly. stop pretending and be yourself. sebab itu, dalam hal-hal berkaitan hati dan perasaan, Mouriey's akan cuba berlaku jujur. luahkan apa yang terpendam. tak kisah apa orang tu nak cakap, yang penting Mouriey's dah berlaku jujur. jujur pada diri sendiri dan orang lain. at least, i'm not selfish! tapi, lain pula ditafsirkan. Mouriey's pernah dijanjikan dengan kata-kata dan janji-janji manis. entah menjadi kenyataan atau tidak. didepan mata sendiri, pun cakap tak serupa bikin, dibelakang, berada jauh dari kita... apatah lagi.

Mouriey's cakap bukan sekadar hentam keromo, tetapi Mouriey's dah melaluinya. dah kena atas batang hidung sendiri. terkadang, Mouriey's rasa bodoh yang amat bila difikirkan balik. Mouriey's tahu, tak semua lelaki macam tu. terdetik juga hati ni, memiliki kekasih hati yang begitu memahami, berlaku jujur dan menyayangi diri ini dengan sepenuh hati. ehmm... mungkin belum sampai waktunya. entah bila akan muncul saat yang membahagiakan itu. berdua menghitung bintang dilangit, berkongsi suka dan duka. setiap malam, hati sering disinggahi rasa pilu. adakah perlu Mouriey's berperasaan begitu?? ingin sekali membenci dirinya, tapi kebencian itu tidak ada Mouriey's.

mungkin ini sudah ketentuan-Nya. seandainya ditakdirkan begitu, Mouriey's redha. di hati ni, tak ada niat untuk berdendam. Mouriey's percaya, suatu hari nanti Allah akan membalikkan hatinya. Mouriey's serahkan segalanya pada yang Maha Esa. setiap manusia dianugerahkan Allah hati dan perasaan. hargailah anugerah itu dan jagalah ia dengan sebaik mungkin sebelum ia hilang untuk selama-lamanya.... (jiwang karets lerr....)

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...