Saturday, June 9, 2007

Maafkanlah

Ehmm semenjak dua menjak ni kan… Tak tau laa apa jadi ngan Mouriey’s. Fikiran ni asyik menerewang je entah ke mana. Tak tau nak cakap apa. Mungkinkah berkenaan dengan hati dan perasaan? Di saat inilah satu persatu wajah insan yang pernah Mouriey’s kasihi suatu ketika dulu muncul di benak Mouriey’s. Dan ketika itu juga air mata mula mengalir membasahi pipi. Mengimbau kembali saat2 indah, janji2 manis yang diucapkan oleh lidah yang tak bertulang….

Dan hampir setiap malam Mouriey’s bertanya pada diri yang sering saja ditemani sang purnama dan bintang yang berkerdipan didada langit. Apa yang aku mahukan sebenarnya? Seorang insan yang benar2 ikhlas menyayangi dan mengasihi diri ini? Ahh… sukar untuk aku memiliki insan sebegitu. Insan yang bernama lelaki sering saja membuatkan aku terluka, sengsara, kecewa, terkilan…. Sukar untuk aku temui insan sebegitu. Lelaki…. hanya mementingkan nafsu semata-mata, memandang kecantikan dan kebendaan…. Fikirku. Ntahlah, mungkin semua lelaki tidak begitu perangainya. Tapi dengan insan yang seorang ini, cukup lain perangainya. Telah banyak kali cuba untuk melupakannya, tapi sukar bagi diri ini untuk melakukan begitu. Mouriey’s harus menerima hakikat bahawa dia tak akan menjadi milik Mouriey’s. Seolah2 Mouriey’s telah menggenggamnya erat dan tak mahu membiarkan dia pergi. Sedangkan hati ini tahu, mungkin Mouriey’s bertepuk sebelah tangan.

Kata orang, cukup hanya menutup telinga jika tidak mahu mendengar namanya, jika tak mahu melihatnya…. Cukup dengan hanya menutup mata. Tapi bila sudah menjadi dari sebahagian jiwa dan hati ini, bagaimana pula? Adakah mahu dicabut keluar hati ini dan ditanam jauh ke pasak bumi?? Tentu sukar, bukan? Dengan hatilah kita terus hidup, membuatkan kita bahagia dan belajar untuk tabah walaupun berkali-kali dilukai dan dikecewakan. Hati merupakan kurniaan Tuhan yang cukup indah. Ia akan berseri dengan kehadiran kasih sayang, bukan sahaja sesama manusia, bahkan untuk Sang Penciptanya juga.

Untuk AWAK, maafkan saya kerana melukai perasaanmu. Tiada niat untuk melukaimu... cuma hanya ingin meluahkan apa yang terpendam. Maafkan saya eek?? :)

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...