Sunday, June 10, 2007

Terimalah Hakikat


Hari-hari yang Mouriey's lalui kebelakangan ini terasa sunyi. Disini, dikesempatan ini... Mouriey's ingin luahkan sesuatu yang selama ini terpendam di lubuk hati. Ingin sekali Mouriey's meluahkan padanya apa tidak terluah selama ini. Terkadang, Mouriey's sedar siapa diri ini.... insan yang serba kekurangan untuk menjadi seri dalam hidup seseorang itu dan mungkin sukar untuk ‘dia’ memilih Mouriey's. Seolah-olah menggapai bintang yang bergemerlapan didada langit. Puas Mouriey's gapai namun kecundang jua.

Hebat bukan percaturan hidup ini?? Percaturan hidup yang membuatkan kita jatuh tersungkur berkali-kali.... Namun kembali bangun. Kita sebagai manusia harus tabah dalam meniti hari yang mendatang. Entah apa lagi yang harus tempuhi oleh Mouriey's nanti. Mouriey's juga harus tabah, melupakan dirinya yang begitu mustahil untuk diri ini memilikinya. Walaupun dibibir terukir senyuman, sentiasa berusaha membuatkan orang2 dan mereka2 yang Mouriey's kasihi bergembira, hati Mouriey's yang sakit, pilu.... tiada siapa yang tahu.

Kita sebagai manusia hanya boneka yang sentiasa memainkan peranan masing2 dan menghiburkan manusia alpa yang lain di pentas dunia ini. Biarlah Mouriey's dengan hidup Mouriey's, dan dia dengan cara hidupnya yang sendiri. Memang terlalu sukar untuk Mouriey's membuang jauh2 dari hidup Mouriey's. Seolah2 ia sudah sebati dengan hidup Mouriey's. Kenapalah sumer nie harus terjadi? TIDAK!!! Dah tak larat untuk Mouriey's ikutkan kata hati. Penat sangat.... Penat sebab sering menurut kata hati yang akhirnya kecundang jua.
Dan untuk AWAK, andainya awak dapat baca luahan saya nie, saya nak awak tahu…. Betapa saya sayangkan awak. Tapi saya tahu, kita tak mungkin dapat bersama. MAAFKAN saya jika selama perkenalan kita, ada membuat awak terluka. Maafkan saya.....

~ ***Waa.... jiwangsnyer Mouriey's hari nie.... Huhuhu... Nat, tulung Mouriey'sss!! *** ~
(Mouriey's BENCI bila berperasaan begini..... BENCI SESANGAT!!)

Biarlah sumer ni berlalu. Tak guna jika Mouriey's terus-terusan mengikut kata hati, menangisi sebuah perpisahan yang tiada permulaannya. Mouriey's ni bila jiweng2 karets... mulalah melalut ntah paper. Sebab tu kadang2 Mouriey's lebih suka pendamkan dan menangis sorang diri. Mouriey’s tak reti nak luahkan dalam blog ni. Nanti dikatakan ‘over jiwangs’ plak. Kang tak pasal2 ada yang loya sampai termuntah2 baca entry nih. Yang ni je yang mampu Mouriey's coretkan, rasa ketidakpuasan hati Mouriey's. Dah, malas nak pikiaq lagi dah. Huhuhu... Yang pentingnye, ajal, maut, rezeki dan jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Sumer tu kejer Dia, sesungguhnya hanya Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui dan mentadbir sekalian alam.... Wallahua'alam. See ya...

“ Dengan cinta orang bisa menutupi luka
Dengan cinta orang bisa menyembuhkan luka
Dengan cinta orang masih bisa berharap
Kerana cinta manusia masih mempunyai mimpi
Kerana cinta manusia bisa terlukaKerana cinta manusia bisa bahagia.....”

2 comments:

  1. nat tak pernah muntah baca entry mourieys. Nat tak leh tolong mourieys, sebab dlm kes sebigini soal hati, mourieys yang kene kawal emosi itu!. Dont get carried away...bebeh!

    ReplyDelete
  2. huhuhu nat...i love u sooo much!! mouriey's syg nat lebih laa...yup, mouriey's tau...mouriey's kena kawal diri,jgn terlalu ikut perasaan kan? ehmm...nat jgn riso k. mmuuahhss!

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...