Monday, June 11, 2007

Biarkanlah

Alhamdulillah internet kat Mouriey's keje dah ok dah. Kalau diikutkan, takder mood Mouriey's nak wat entry ari nih. Sebenarnya, Mouriey's sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang nie terhadap Mouriey's. Hidup terasa asing, terkurung, tertekan, fikiran bercelaru. Puas sudah hati ini mengadu pada Yang Maha Esa.

Salahkah Mouriey's untuk jatuh cinta lagi? Adakah Mouriey's harus dipersalahkan kerana sedikit rasa ketidakpuasan hati Mouriey's? Mouriey'skah yang harus dipertanggungjawabkan jika ada diantara mereka-mereka terluka kerana keluhan dan luahan Mouriey's? Mungkin ya.... Mungkin tidak.

Andainya luahan Mouriey's itu membuatkan insan itu terluka, kecewa... ketahuilah... diri ini lebih terkilan dan kecewa! Mulut sememangnya manis berkata2.... tapi Mouriey's telah biarkan semua itu berlalu. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Mouriey's harus merelakan perpisahan ini. Walaupun sukar untuk mengiyakannya. Sesungguhnya Mouriey's harus sedar, bukan selama-lamanya Mouriey's perlu berperasaan begini. Biarlah Mouriey's membawa hati ini menyusuri kembali jalan-jalan yang sepi... dan ditemani kenangannya. Ada ketikanya kenangan itu sekelumit cuma... cukup untuk hati ini mengimbau wajahnya disaat duka. Biarlah pertemuan singkat pada malam itu sekadar menjadi memori yang terindah seumur hidupku....

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...