Wednesday, May 28, 2008

Berputaran

Assalamualaikum wbt....

Yuhuuu...How are you today?? Ni hau maa?? Kaise hai aap?? Cheewah... Saje jek, padahal sama jek maknanya tuh. Ekceli kan, dengan wujudnya blog aku yang berwajah baru nih, aku dah maleh nak sedih-sedih bagai, meratap nasib diri. Dalam idop nie, ada pasang surutnyer. Cam roda laa kan, ari ni kita kat atas.. sesok kita kat bawah lak. Idop kita nie senantiasa berputar. So, kita kene hati-hati dengan langkah yang kita ambil. Jangan sampai memudaratkan diri dan merosakkan idop. Aku dah malas nak cari silap orang lain. Biarlah aku sendiri yang merasainya dan Allah Taala sahaja yang menilainya. (Erkk.. apa yang aku nak cakapkan sebenarnya nih??) Huhuhu!!

Setiap manusia dimuka bumi yang fana nie diuji dengan pelbagai dan bermacam-macam dugaan. Kita sebagai manusia biasa harus redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka.... Mungkin terdapat hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Selama ni pon aku dah banyak menangis, kerana terlalu ikutkan perasaan, fikiran pon jadi tak menentu. Tak dapat berfikir dengan rasional. Tapi, dengan sisa semangat yang masih ada, aku tabahkan hati menjalani kehidupan ini. Walaupun tak pasti apa yang berlaku pada esok hari dan hari-hari yang mendatang. Cheewahh... Hikss!!

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...