Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum wbt....




Aku cuma nak ucapkan SELAMAT HARI IBU UNTUK MAMA aku - ZALEHA OMAR. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik (Walaupun tak sebaik yang aku harapkan....). My mum ni keras kepala cket. Kalo bab2 gi spital memang dia payah nak pegi. Huhuhu.... Sepanjang aku idop selama 24 tahun ni, dialah yang banyak membimbing aku, memberi nasihat, yang ku anggap sebagai kawan. Walaupun kadang2 tanpa aku sedari, aku sedikit sebanyak menyakiti hatinya. Aku inginkan agar dia hidup bahagia hingga ke akhir hayat dan moga Allah jadikan aku seorang anak yang tak lupa tanggungjawab bukan sahaja pada ibunya, malah pada bapanya juga. Moga diberikan Allah pada mamaku kesihatan yang lebih selepas ini, InsyaAllah. Terima kasih mama kerana memberikan aku cukup kasih dan sayang. Tak lupa juga buat mereka yang diluar sana yang bergelar 'IBU', SELAMAT HARI IBU.





No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...