Wednesday, January 6, 2010

Apa nak jadi laa..

Assalamualaikum wbt....

urmm apa nak jadi laa kat Mouriey's nih.
next week adalah minggu yang paling malang
dalam idop Mouriey's.
teruk Moureiy's kene marah dek bos.
Mouriey's sekrang dah jadi pelupa.
cepat sangat lupa apa yang dah Mouriey's buat.

kadang2 bila letak something kat mana2...
ten minutes pastu mula laa kalut,
lupa dah nak cari kat mana barang tu.
pernah satu hari Mouriey's lupa
kat mana Mouriey's letak ikan
pas balik dari pasar.
mak bonda pon apa lagi.. membebel laa.

urmm Mouriey's ada Alzheimer kah?
waa biar betikk?? Mouriey's skarang pon
dah ader migrain. huhuhu!!!
Mouriey's dah jumpa doc,
dia cakap pi check mata dulu.
syorkan pakai spek. dlu masa study kat poly
memang Mouriey's pakai spek.

doc suh datang balek bulan 3 nnt.
kalo takder paper perubahan...
alamatnyer kene x-ray laa kepala Mouriey's nih.
alamak, seram siottt!! huhuhu...
harap2 takder paperlah. InsyaAllah....

Tuesday, January 5, 2010

There You'll Be





Mouriey's dedikasikan lagu ni
buat seseorang yang Mouriey's hargai.
(Walaupun dia tak dengar, lihat atau tahu lagu ni... huhu!!)


Monday, January 4, 2010

Skola daa..

Assalamualaikum wbt...

semalam dah bermula sesi persekolahan.
adik Mouriey's yang no-4 dah naik form 1.
tapi lembik semacam jek...
Mouriey's takot dia jadi mangsa buli.
apa taknyer, kat umah pon kalah
ngan adik yang bongsu. uhuk!!

my dad tak kasi dia gi skolah nek bas.
'dok caye ati' katanye.
walopon bustop depan umah jek.
so, time Mouriey's lik keje kol 6.30,
Mouriey's kene amik dia la.
tak kesah laa coz satu hala jek...

si Irdeena plak tdo kat umah.
so, malamnyer kitorang gi dinner kat luar.
nak makan satay, tapi kedai plak tak bukak.
alahai... melepas la nak makan satay.
pi round2 kat pantai sat pas makan,
pastu balek umah. mate pon dah 'beleh'..
nytez!!

Saturday, January 2, 2010

Mutiara


*****************************************
Berulang kenyataan kuberi

Tapi kau masih tidak mengerti
Perasaanku ini
Adakah kau memahami

Langkah hiba telah kuutuskan
Berjalan di setiap andaian
Sepi mengajar kita
Memahami bahasa cinta

Dalam bersahaja
Kau coretkan madah
Yang terindah
Dalam terpesona seraut wajahmu

Keunggulan dan kesucianmu bagai mutiara
Dan terus memancar
Di hatiku

Puisi cinta yang kian lama
Memancar indah serta bercahaya
Telah kucuba tapi tak berdaya
Hendak kulupa teringat semula
Seraut wajah
*************************

Nothing...

Assalamualaikum wbt..

ari ni Mouriey keje sensorang. adik bos coti-coti mesia...
maybe tak abeh lagi kot sambut tahun baru?
kikikiki.... my opis partner lagi sorang pn
tak datang keje gak. urmm... kenapa yerk?

so, terkontang-kanting laa Mouriey keseorangan
kat opis. huhuhu.... makan pun tak teratur.
uols bayangkanlah, bekpes at 2 pm.
kan ke lunch time tuh? uhuk!!
xper laa... bukan selalu pn.

semalam tido awal. ngantok ah...
duk lepak kat umah jek.
tatau nak wat apa. last2 wat taik mata!
mwahahaha!!! jangan marah ha...

Thursday, December 31, 2009

Hepi New Year 2010!!

Assalamuaalaikum wbt...
Wooo pejam celik pejam celik dah pn masuk tahun baru.
Azam tahun 2009 pon lom tercapai lagi.. Uhuk!!
Apa azam tahun baru korang ek?
Urmm azam tahun baru ambe... (cheewahh!! Ambe tuuu....)
Tahun ni ambe nok cerita hok molek2 belaka.
Tadok hok buruk2... (Harap2 ler kan...)
Lagi.. tahun ni ambe nok nikoh derah2. Mwahahaha!!!
Acah jek! Ni tengah tunggu orang masuk minang ler nih.
Ahaks!! Gatai bebenor bunyiknyer..
Tahun ni jugok ambe nak langsaikan azam ambe yang lepas2.
Haa nak tau apa azam ambe yang lom tercapai?
Hehehehe.... biarlah rahsia...
Jangan marah haa...
Blog ambe ni saper2 ader yang terbaca,
Bacalah... coz ambe nok wat cm catatan harian ambe.
Hal keje, hal famili, about my relationship
with someone that i love, hal personal.. opss!!
Personal tu 'limited' cket laa kot.
Tahun ni gak ambe nak jalankan perniagaan.. InsyaAllah.
Harap2 menjadi ler... Nak tambah wet poket.
Lagipun ambe nok berhenti keje dah... huhuhu!!
Well, let's wait n see...
Ambe nok tutup buku baru,
Buka buku baru. Kalo bleh, ambe xnk lagi dah
ingat kisah2 lama yang telah membuatkan hati ni
luka dan berdarah.. Mulai tahun baru ni,
Ambe akan bahasakan diri ambe
sebagai 'Mouriey' kembali, seperti dulu.
Di awal penglibatan ambe dalam dunia blog nih.
Thanx a lot to AbangUjang...
Well,
HEPPY NEW YEAR DUDE!!
GUD LUCK!

Sunday, November 22, 2009

Hujan Daa

Assalamualaikum wbt...

Adoih laa, sehari suntuk ujan hari nih...
Bayangkan aku yang naik motor
a.k.a scoot cabuk aku ni, dibasahi hujan..
Huwaa!! Sejuk siottt!!
Tapi takper... aku ni suka main hujan.
Lalalala.... Jangan marah haa...

Urmm kat umah aku plak ader penghuni baru..
Kehkehkeh... Si lembu yang akan dikorbankan pada
Raya Haji nanti. Aku ngan Angah yang kene bagi
lembu tu makan. So, petang semalam pas
aku balek keje... dengan basah lencun
walaupon aku berbaju hujan, pegi
bagi makan kat lembu ittew.
Angah laa yang beria ajak
aku pegi kat lembu tu. Taklah jauh sangat.
Blakang umah jek! Hehehe...
Alerr alang-alang dah basah ni, aku ngan
Angah apalagi.. main hujan ler!! Hohohoho.....
Lama siot tak mandi ujan. Cejukkk!!! Berlaga kepala
lutut aku ni haa.. Menggigil siot!!
Urmm teringat plak zaman aku kecik2 dulu.. Perghh!!

Buh-Sann

Assalamuaalaikum wbt..

Hari ni aku tak gi memana coz musim tengkujuh sedang melanda negeri di Pantai Timur. Duk umah je... membuta. Bila perot mula lapor, pi dapoq bikin cekodok (jeput gandom jek! hohoho... ) Nak gi jenjalan round2 kampong tak leh coz my 'kenaikan' takder atap youu.. huhuhu. Hujan wehh, rohok cket r nok g derak. So, duk umah jek wat taik mata! Mwahaha!!

Malamnyer pas abis cter Nur Kasih, tros kuar nek kete, pi jenjalan. Satu famili ko! Excited ni nak engok ombak besau kat pantai katanya...Pi kat Pantai Batu Burok, urmm boleh tahan laa... Kitorang tak turun pon, duk lam kete je. Cejuk lorr... Pastu berenti kat Dataran Syahbandar, air pasang... nak cecah jeti dah. Huhuhu!! Kendian, on da way nak balik umah, lalu ikut Pantai AirPort. Mak oii, hujan lebat gler sampai tak nampak jalan plus ngan angin kuat. Adik aku nih dah takleh dok diam dah.. cam orang ilang akal menjerit nak balik. Takot kekdahnye! Huk aloh laa.. Smpai kat umah lebih kurang kol 1 a.m. Aku tros masuk tidoq!

Thursday, November 5, 2009

Kenape yee??

Assalamualaikum wbt...

Woooo lamanye aku tak hapdet blog nih.
Urmm entahlah, rasa cam xder mood r
nak go on ngan blog ni.
Otak jadi beku, blurr....
Tatau nak tulis haper. Huhuhu!!

Walaupun dari hari ke hari...
Banyak benda, pengalaman yang aku perolehi,
Nak sangat-sangat share ngan member blog aku.
Tapi.. bila dah dok depan pc,
puff!!! idea yang meluap-luap tadi
tetiba jek ilang.

Buat sahabatku Ejat,
sorry laa lama tak ber'sms' ngan mung.
Huhuhu... Aku takkan lupe mung,
mung kan 'abang' aku. Kehh....

Urmm mungkin suatu saat nanti,
aku mungkin tak lagi menulis di ruangan ini..
Atau mungkin juga setiap hari aku akan hapdet blog nih.
Well, let's wait n see...
Cau cin cau....



Sunday, August 16, 2009

Selaput Dara

APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

~ THANKS TO ABANG ABI. CILOK SKET. HEHE... UTK RENUNGAN BERSAMA ~

Tuesday, August 11, 2009

Cerita Ceritik Cerituk

Assalamualaikum wbt...

Hye there... wassup?? I wanna ask u'all something. Am i a hiprocrite person?? Urmm.... saper-saper yang kenal aku, maybe derang lebih mengetahui. Huargghhhh!!! Benci betol laa.... Aku tatau nak tulis aper sebenarnya. Aku rasa kadang-kadang aku ni seorang yang hipokrit. Tak pedulikan perasaan orang, cakap kasar. Tapi tulah aku... Dalam keadaan aku nak marah pon, aku still tau batas-batasnya. Mulot lahanat aku ni bukannya pakai main sebut jek. Mulut laser kata orang. Aku juga tahu nak hormat orang, kalo tak... dah lama aku makan penampor.

Saper-saper yang pernah terasa hati ngan kata-kata aku, aku nak mintak maaf banyak-banyak. Ni pon dah dekat nak pose kan. Marhaban Ya Ramadhan.... Well, aku kalo boleh tanak lagi dah sedey-sedey, nanges-nanges... Bazir airmata jek. Kalo nanges sebab dosa aku pada Allah takper la jugak. Huhuhu..... Aku mintak pada Allah, moga hati aku ni tabah dalam menjalani kehidupan seharian. Aku nak kembali senyum dan hidup bahagia seperti dulu. Ditemani kawan-kawan dan keluarga. Aku sedar kadang-kadang sebagai manusia, aku tidaklah sempurna. Mungkin ada baik dan buruknya kelakuan dan tindak-tanduk aku. Sooo cheer's up Mourieys!!!!



Saturday, August 8, 2009

Infulenza H1N1 + Heartbreak

Assalamualaikum wbt....

Sekrang nih macam-macam dah berlaku kat Mesia. Kes terbaru, wabak penyakit Influenza H1N1 yang telah melanda Mesia. Setakat ni, dah 18 orang mangsa terkorban. Huhuhu.... Dunia akhir zaman. Allah turunkan berbagai bala bencana dan
wabak penyakit. Ya Allah... takot rasanya. Kat tempat aku keje, ader beberapa orang pekerja demam-demam. Harap-harap laa bukan wabak tu. Selisih malaikat 44! Nampak gayanyer aku kene pakai mask r datang keje besok. Huhuhu....

Aku nak cter pasal aku pon dah takder mood rasanya. Kalo bleh, nak aje luahkan kat blog nih. Nak aje aku maki hamun... biar puas hati aku. Tapi takleh... aku bukannya jenis yang suka sangat maki hamun orang. Tak baek tau. At least aku pendamkan aje. Biar Tuhan balas.... Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Untuk dia, aku sanggup korbankan walaupun 10 orang kekasih hati. Dia umpama seorang kakak; Kakak yang terbaik buatku. Cukuplah setakat ini keperitan dan kepedihan yang aku rasakan. Aku nak idop bahagia dan mencari keredhaan-Nya.. insyaAllah.


Thursday, August 6, 2009

Disakiti

Assalamualaikum wbt....

" Amat pedih  melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Bila bersendiri
Aku mimikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama "

Sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Terlalu pedih hati ini kurasakan... Aku terima ketentuan Illahi dengan hati terbuka. Cuma sedikit rasa terkilan, terkilan yang amat sangat. Aku sedar siapa diri aku. Bagai pungguk rindukan bulan... menanti bulan jatuh ke riba. Aku juga seperti tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin juga aku seorang yang mementingkan diri sendiri, bersikap hipokrit. Aku bingung... Mengapa aku diperlakukan begini. Aku juga seperti insan lain, punyai hati dan perasaan. Terasa sakitnya bila disakiti, dikhianati. Biarlah, aku merelakan apa yang telah berlaku. Doaku semoga mereka berbahagia ke akhirnya.... InsyaAllah..


Wednesday, August 5, 2009

Faizal AF4


Hehehe... jangan marah haa. Saje aku uploadkan video nih.
Suka dengar Faizal nyanyi lagu rakyat.Ahaks...


Tuesday, July 28, 2009

Wish U Gud Luck

Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku upload gambau masa pi anto my bro (Ateh) kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Pastu sempat pose cket. Heheheh..... Well, for my bro... wish u gud luck and take care. We always luv u and miss u. Mmuahh!!! :p






DOA MENCARI CINTA

Assalamualaikum wbt...




Saturday, July 11, 2009

Postpone

Assalamualaikum wbt....

Semalam aku hamper-hamper nak bertolak ke Kuantan. Adik aku yang no 3 dapat sambung blajar kat ALAM, Melaka. So, nak g daftar dia laa hari Ahad ni. Ingat nak singgah tido Kuantan umah mak sedara. Hari Sabtu bertolak ke Melaka, tumpang tido umah my kazen. Aku ngan famili dah nak masuk bandar (bandar Kuala Terengganu ler...) Tetiba pihak ALAM call my bro tu.. postpone on Sunday nextweek, coz Influenza A H1N1 cases. Kat tempat adik aku nak pegi tu, 6 orang pelatih disahkan kena benda alah tuh. Huk aloh laa.... Tapi ok gak... takder laa jangkit kat adik aku plak. So, let's wait n see on nextweek. Hehehe....

Friday, July 10, 2009

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Assalamualaikum wbt....

2 hari lepas aku bermimpi.... mimpi kuar date ngko!! My date-partner aku bukan calang-calang orang taw... nak tau saper?? Jeng jeng jeng!!!! The one and only....... FAHRIN AHMAD!! Hakhakhak!! Dok caye wase.... kuor date ngan Fahrin. Jejaka idaman malaya tu.. Rasa cam bahagia sangat, siap pegang tangan, g shopping, minum2 kat Starbuck... Waahhh bahagia betol. Tapi.. tu cuma mimpi jek. Bangon pagi, aku sengih sensorang like kerang busuk! Ahaks!! Tatau r naper tetibe leh mimpi si Fahrin tuh... Bila aku cter kat mak aku, tergelak besar derang. Malu lak rasanya... Huhuhu... Urmm mujur sangatlah aku kuor date ngan jejaka hensem cam tu. Impossible lah.. Aku ni takder rupa... orang nak pandang aku ngan sebelah mata pon lom tentu.... Tapi, tak kisahlah. At least aku berjaya kuor date ngan jejaka hensem walaupun hanya dalam MIMPI.. Uhuk!

Tuesday, July 7, 2009

Micheal Jackson's Ghost??


Betul ke roh Micheal Jackson (MJ) berkeliaran di kediamannya di Neverland?? Sama-sama kita saksikan kesasihannya. Mungkinkah ia benar seperti sesetengah dakwaan yang mengatakan MJ tidak mahu mati dan meninggalkan kediamannya itu? Dan ini menyebabkan rohanya masih berkeliaran walaupun beliau sudah meninggal dunia hampir 2 minggu yang lalu? Atau sekadar illusi?? Urmm....



LOS ANGELES : Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland. Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael. Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu. Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram. Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal. Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya. Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu. Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet. Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland. Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!” - dipetik dari MyMetro Online.

Sunday, July 5, 2009

Ujian-Mu

Assalamualaikum wbt...

Haii... jumpa lagi dalam ruangan blog aku yang dah lame nau aku hapdet. Huhuhu... Macam-macam hal berlaku kat famili aku sekarang nih. Adoih laa.... Genap sebulan atuk aku eksiden. Tapi alhamdulillah, takder laa teruk sangat.. patah-patah pun takder. Cuma sakit bahagian belakang jek. Pastu hari Khamis baru ni plak my dad masuk wad coz kene batu karang. Kene tahan sehari semalam jek. Pihak hospital tak buat sebarang tindakan.. just x-ray n then bagi medicine. Tak memerlukan operation. Syukurlah... Aku sendiri pon baru baek demam, still batuk-batuk lagi nih. Dah naek serak sore aku ni haa.... Dada plak sokmo rasa sakit. Ye lah.. duk batuk koh-koh-koh!!! Semput rasanya... My mum plak kene operate pas raya. Doc syorkan kat my mum suh buat bulan pose... tapi dia taknak. Baju yang orang tempah untuk raya saper nak jahitkan?? Uhuk!! Aku ni dah ler tak reti... Ni duk makan ubat tahan sakit jelah. Aku faham sangat... cmner sakitnyer bila my mum period. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Ya Allah.... aku redha dengan ujian yang Kau berikan.......