Thursday, December 31, 2009
Hepi New Year 2010!!
Sunday, November 22, 2009
Hujan Daa
Bayangkan aku yang naik motor
a.k.a scoot cabuk aku ni, dibasahi hujan..
Huwaa!! Sejuk siottt!!
Tapi takper... aku ni suka main hujan.
Lalalala.... Jangan marah haa...
Urmm kat umah aku plak ader penghuni baru..
Kehkehkeh... Si lembu yang akan dikorbankan pada
Raya Haji nanti. Aku ngan Angah yang kene bagi
lembu tu makan. So, petang semalam pas
aku balek keje... dengan basah lencun
walaupon aku berbaju hujan, pegi
bagi makan kat lembu ittew.
Angah laa yang beria ajak
aku pegi kat lembu tu. Taklah jauh sangat.
Blakang umah jek! Hehehe...
Alerr alang-alang dah basah ni, aku ngan
Angah apalagi.. main hujan ler!! Hohohoho.....
Lama siot tak mandi ujan. Cejukkk!!! Berlaga kepala
lutut aku ni haa.. Menggigil siot!!
Urmm teringat plak zaman aku kecik2 dulu.. Perghh!!
Buh-Sann
Hari ni aku tak gi memana coz musim tengkujuh sedang melanda negeri di Pantai Timur. Duk umah je... membuta. Bila perot mula lapor, pi dapoq bikin cekodok (jeput gandom jek! hohoho... ) Nak gi jenjalan round2 kampong tak leh coz my 'kenaikan' takder atap youu.. huhuhu. Hujan wehh, rohok cket r nok g derak. So, duk umah jek wat taik mata! Mwahaha!!
Malamnyer pas abis cter Nur Kasih, tros kuar nek kete, pi jenjalan. Satu famili ko! Excited ni nak engok ombak besau kat pantai katanya...Pi kat Pantai Batu Burok, urmm boleh tahan laa... Kitorang tak turun pon, duk lam kete je. Cejuk lorr... Pastu berenti kat Dataran Syahbandar, air pasang... nak cecah jeti dah. Huhuhu!! Kendian, on da way nak balik umah, lalu ikut Pantai AirPort. Mak oii, hujan lebat gler sampai tak nampak jalan plus ngan angin kuat. Adik aku nih dah takleh dok diam dah.. cam orang ilang akal menjerit nak balik. Takot kekdahnye! Huk aloh laa.. Smpai kat umah lebih kurang kol 1 a.m. Aku tros masuk tidoq!
Thursday, November 5, 2009
Kenape yee??
Woooo lamanye aku tak hapdet blog nih.
Urmm entahlah, rasa cam xder mood r
nak go on ngan blog ni.
Otak jadi beku, blurr....
Tatau nak tulis haper. Huhuhu!!
Walaupun dari hari ke hari...
Banyak benda, pengalaman yang aku perolehi,
Nak sangat-sangat share ngan member blog aku.
Tapi.. bila dah dok depan pc,
puff!!! idea yang meluap-luap tadi
tetiba jek ilang.
Buat sahabatku Ejat,
sorry laa lama tak ber'sms' ngan mung.
Huhuhu... Aku takkan lupe mung,
mung kan 'abang' aku. Kehh....
Urmm mungkin suatu saat nanti,
aku mungkin tak lagi menulis di ruangan ini..
Atau mungkin juga setiap hari aku akan hapdet blog nih.
Well, let's wait n see...
Cau cin cau....
Sunday, August 16, 2009
Selaput Dara
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.
ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.
Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Tuesday, August 11, 2009
Cerita Ceritik Cerituk
Hye there... wassup?? I wanna ask u'all something. Am i a hiprocrite person?? Urmm.... saper-saper yang kenal aku, maybe derang lebih mengetahui. Huargghhhh!!! Benci betol laa.... Aku tatau nak tulis aper sebenarnya. Aku rasa kadang-kadang aku ni seorang yang hipokrit. Tak pedulikan perasaan orang, cakap kasar. Tapi tulah aku... Dalam keadaan aku nak marah pon, aku still tau batas-batasnya. Mulot lahanat aku ni bukannya pakai main sebut jek. Mulut laser kata orang. Aku juga tahu nak hormat orang, kalo tak... dah lama aku makan penampor.
Saper-saper yang pernah terasa hati ngan kata-kata aku, aku nak mintak maaf banyak-banyak. Ni pon dah dekat nak pose kan. Marhaban Ya Ramadhan.... Well, aku kalo boleh tanak lagi dah sedey-sedey, nanges-nanges... Bazir airmata jek. Kalo nanges sebab dosa aku pada Allah takper la jugak. Huhuhu..... Aku mintak pada Allah, moga hati aku ni tabah dalam menjalani kehidupan seharian. Aku nak kembali senyum dan hidup bahagia seperti dulu. Ditemani kawan-kawan dan keluarga. Aku sedar kadang-kadang sebagai manusia, aku tidaklah sempurna. Mungkin ada baik dan buruknya kelakuan dan tindak-tanduk aku. Sooo cheer's up Mourieys!!!!
Saturday, August 8, 2009
Infulenza H1N1 + Heartbreak
Sekrang nih macam-macam dah berlaku kat Mesia. Kes terbaru, wabak penyakit Influenza H1N1 yang telah melanda Mesia. Setakat ni, dah 18 orang mangsa terkorban. Huhuhu.... Dunia akhir zaman. Allah turunkan berbagai bala bencana dan wabak penyakit. Ya Allah... takot rasanya. Kat tempat aku keje, ader beberapa orang pekerja demam-demam. Harap-harap laa bukan wabak tu. Selisih malaikat 44! Nampak gayanyer aku kene pakai mask r datang keje besok. Huhuhu....

Thursday, August 6, 2009
Disakiti
" Amat pedih melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Bila bersendiri
Aku mimikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama "
Wednesday, August 5, 2009
Faizal AF4
Hehehe... jangan marah haa. Saje aku uploadkan video nih.
Suka dengar Faizal nyanyi lagu rakyat.Ahaks...
Tuesday, July 28, 2009
Wish U Gud Luck
Kat bawah ni aku upload gambau masa pi anto my bro (Ateh) kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Pastu sempat pose cket. Heheheh..... Well, for my bro... wish u gud luck and take care. We always luv u and miss u. Mmuahh!!! :p
Saturday, July 11, 2009
Postpone
Semalam aku hamper-hamper nak bertolak ke Kuantan. Adik aku yang no 3 dapat sambung blajar kat ALAM, Melaka. So, nak g daftar dia laa hari Ahad ni. Ingat nak singgah tido Kuantan umah mak sedara. Hari Sabtu bertolak ke Melaka, tumpang tido umah my kazen. Aku ngan famili dah nak masuk bandar (bandar Kuala Terengganu ler...) Tetiba pihak ALAM call my bro tu.. postpone on Sunday nextweek, coz Influenza A H1N1 cases. Kat tempat adik aku nak pegi tu, 6 orang pelatih disahkan kena benda alah tuh. Huk aloh laa.... Tapi ok gak... takder laa jangkit kat adik aku plak. So, let's wait n see on nextweek. Hehehe....
Friday, July 10, 2009
Umpama Mimpi Dalam Mimpi
2 hari lepas aku bermimpi.... mimpi kuar date ngko!! My date-partner aku bukan calang-calang orang taw... nak tau saper?? Jeng jeng jeng!!!! The one and only....... FAHRIN AHMAD!! Hakhakhak!! Dok caye wase.... kuor date ngan Fahrin. Jejaka idaman malaya tu.. Rasa cam bahagia sangat, siap pegang tangan, g shopping, minum2 kat Starbuck... Waahhh bahagia betol. Tapi.. tu cuma mimpi jek. Bangon pagi, aku sengih sensorang like kerang busuk! Ahaks!! Tatau r naper tetibe leh mimpi si Fahrin tuh... Bila aku cter kat mak aku, tergelak besar derang. Malu lak rasanya... Huhuhu... Urmm mujur sangatlah aku kuor date ngan jejaka hensem cam tu. Impossible lah.. Aku ni takder rupa... orang nak pandang aku ngan sebelah mata pon lom tentu.... Tapi, tak kisahlah. At least aku berjaya kuor date ngan jejaka hensem walaupun hanya dalam MIMPI.. Uhuk!
Tuesday, July 7, 2009
Micheal Jackson's Ghost??
Betul ke roh Micheal Jackson (MJ) berkeliaran di kediamannya di Neverland?? Sama-sama kita saksikan kesasihannya. Mungkinkah ia benar seperti sesetengah dakwaan yang mengatakan MJ tidak mahu mati dan meninggalkan kediamannya itu? Dan ini menyebabkan rohanya masih berkeliaran walaupun beliau sudah meninggal dunia hampir 2 minggu yang lalu? Atau sekadar illusi?? Urmm....
LOS ANGELES : Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland. Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael. Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu. Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram. Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal. Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya. Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu. Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet. Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland. Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!” - dipetik dari MyMetro Online.
Sunday, July 5, 2009
Ujian-Mu
Haii... jumpa lagi dalam ruangan blog aku yang dah lame nau aku hapdet. Huhuhu... Macam-macam hal berlaku kat famili aku sekarang nih. Adoih laa.... Genap sebulan atuk aku eksiden. Tapi alhamdulillah, takder laa teruk sangat.. patah-patah pun takder. Cuma sakit bahagian belakang jek. Pastu hari Khamis baru ni plak my dad masuk wad coz kene batu karang. Kene tahan sehari semalam jek. Pihak hospital tak buat sebarang tindakan.. just x-ray n then bagi medicine. Tak memerlukan operation. Syukurlah... Aku sendiri pon baru baek demam, still batuk-batuk lagi nih. Dah naek serak sore aku ni haa.... Dada plak sokmo rasa sakit. Ye lah.. duk batuk koh-koh-koh!!! Semput rasanya... My mum plak kene operate pas raya. Doc syorkan kat my mum suh buat bulan pose... tapi dia taknak. Baju yang orang tempah untuk raya saper nak jahitkan?? Uhuk!! Aku ni dah ler tak reti... Ni duk makan ubat tahan sakit jelah. Aku faham sangat... cmner sakitnyer bila my mum period. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Ya Allah.... aku redha dengan ujian yang Kau berikan.......
Monday, June 29, 2009
Saturday, June 20, 2009
Hanya Awak
AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA MEMERLUKAN AWAK
SAAT SAYA MERINDUI AWAK
TIKA SAYA DALAM KESULITAN
AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA INGIN MEMBINA
MAHLIGAI INDAH BERSAMA AWAK
LALUINYA BERSAMA
DENGAN TABAH DAN SABAR
AWAK..
SAYA NAK AWK TAHU
HANYA AWAK DI HATI SAYA
MULAI HARI INI,
ESOK,
DAN SELAMANYA..
INSYA-ALLAH
AWAK..
SAYA PANJATKAN DOA
PADA YANG MAHA ESA
SEMOGA JODOH ANTARA KITA
BERKEKALAN
SEMOGA KASIH SAYANG
YANG DISEMAI DIREDHAI-NYA
Monday, June 8, 2009
Lawak Sari Kata - Geli Mat
~ SELAMAT BERHIBUR ~
rasanya perot aku nih.Hakhakhak!! Lawak tol!!
Friday, June 5, 2009
My Best Pren
Ari nih aku nak bercakap mengenai perasaan. About my feelings.... Ekceli aku bukan nak jiwang2 karets. Saje nak meluahkan di ruangan blog aku nih. Dari mana aku nak mulakan eek... Susah jugak nih. Adoih laa... Urmm aku rasatak perlulah sumer ni kan. Apa2 pun yang berlaku.... setiap masalah aku, idop mati aku... Biarlah aku yang hadapinya sendirian. Hanya seorang insan yang aku kenali yang memahami aku. Sanggup mendengar segala luahan hati aku.Terima kasih banyak-banyak Kak La. Disaat aku rasakan hidup ini seolah tak bermakna lagi buat aku... dialah yang memberi dorongan dan semangat. Aku dah anggap Kak La tu as a my own sister. Aku ni takder abang atau kakak.... Sedih sero.. Uhuk!! K r... malas aku nak ungkit benda yang dah lepas. Yang lepas tu, lepas laa. Biarlah aku simpan kemas dalam hati nie. Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan... akan mendapat balasannya. So, fikir-fikirkanlah.. .
Expo
Ni nak cter... Kat Dataran Shahbandar ada Expo. 3 malam lepas aku pi r jenjalan. Jalan-jalan cari jantan.. Opss!! Acahjelah. Hakhakhak!! Tak der maknanya aku nak pi jantan, hengat aku ni lapo kat jantan sangat ker? Huhuhu.... Aku saje jek pi jenjalanwith my kazen. Aku merempit ler... nek my scoot cabuk aku tu ler. Dia tido kat umah... At least aku tak der laa bosan tahap cipan pretnen kalo kazen aku ni ada. Kan Jumaat ngan Sabtu coti sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong plus coti skola lagik.. Soookita enjoyyyy!!! Hakhakhak! Ramai gak laa kat expo tuh. Siap ada taman tema ala-ala Genting Highlands gitu.. Nak masuk dah kene bayau 3 hengget sorang. Urmm tak kisah laa kan. Aku ngan kazen aku pon masuklah... Mak oii meriah curry ngko! Aku ingat nak nek buaian pusing... alerr cam Eyes On Malaysia tuu. Tapi tak kesampaian dek token yang mahal ko. Huhuhu... aku ngan kazen aku just melopong jelah tengok mereka-mereka ittew bergumbira. Uhuk!! Nak nek benda lain pon aku rasa bleh bikin jantung aku tercampak keluar. Seram dowh! Lagi pon aku nak save bajet ler.... Aku balek dalam kol 11 malam. Best gak g jenjalan. Lalalala laa.....
Wednesday, June 3, 2009
Wish Me
Urmm coti skola dah bermula. Maka... dengan itu, ramai laa yang buat kenduri kawen. Hehehe...Bese r.. asal coti skola jek ader orang kawen... Asal ader orang kawen jek, coti skola. Ahaks!!! Kawan aku baru-baru ni dah kawen. Umur baru 22, tapi dah kawen. Muda-muda lagi dah kawen... Tapi baguslah kawen muda. Aku doakan semoga beliau dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu, InsyaAllah. My kazen 2 orang pon baru jek bertunang. Aku?? Ntah ler.... no comment. Ader jodoh, ader rezeki aku kawen laa. Setiap orang nakkan keluarga dan kehidupan sendiri yang bahagia kan? Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Kita merancang, Dia yang menentukan. Tinge aku nih dah lali dengan pertanyaan yang bikin aku tak senang duduk. Ye lar, umur dah meningkat, tapi lom kawen... Urmm whatevalah. Suka ati deranglah.... Yang penting, bila tiba saat ittew, aku akan pastikan ia akan menjadi satu peristiwa yang paling bersejarah dalam idop aku... Wish me gud luck k. :D
Tuesday, June 2, 2009
Orang Baru
Nur Damia Farisha binti Hasli Sham @ Miyako - Cantik nama ni? Err tang Miyako tu saje jek aku tambah. Atuk dia laa yang panggil Miyako. Bila aku soh letak Rogayah, tanak. Sibok sangat daddy dia duk tanya aku nak kasi nama apa. Barulah klasik cket! Hakhakhak!! Ekceli ni nama anak sepupu aku yang kawen ngan orang Johor tahun lepas. Kuat meragam... Umur lom sampai lagi 3 bulan dah pandai nak nek kete. Bila duk lam kete.. memanjang jek senyumnyer. Sampai ke tinge. Huhuhu.... Dok sabor rasanya nengok dia besor. Ahaks!! Kat bawah ni aku upload gambau si Miyako... Masa ni Miyako berusia 5 hari... :D
Monday, June 1, 2009
Problemo
Aku sebenarnya tak tau nak tulis aper. Fikiran jadi buntu, melayang entah ke mana. Banyak yang aku pikirkan waktu ni. Sumer datang serentak. Bak kata pepatah, bukan hidop namanya kalo takder masalah.... Entah lerr... Aku ni jenis kadang2 yang tak amek kesah sangat pon pasal benda nih. Kekadang boleh migrain aku dibuatnyer bila aku amek kesah. Muka pon jadi ber'kerapu' jek... dek banyak pikior le nih. Well.... let's wait n see. Mungkin ader hikmah disebalik sumer nih. Aku harapkan ianya akan berkesudahan dengan baik, InsyaAllah...
Sunday, March 29, 2009
Heppi Anniversary...
Ari nih, genaplah Ulangtahun Yang Ke-3 For My Blog. Huhuhu.... SELAMAT HARI JADI!!!!!!!!
InsyaAllah, ada masa nanti aku hapdet laa blog aku nih. Kikiki......
Saturday, March 14, 2009
Kene Flu
Aku tatau r nak cter pasal apa ari nih... Ekceli aku baru baik demam.
Demam rindu!! Wakaka... acah je lorr.. Urmm musim kot??
My Dad pon demam gak. Huhuhu..... Jangkit laa tu.
Selsema, batuk lagi... 'Serombong kapal' pon
dah tersumbat ni haa... uhuk!!
Sistem imunisasi tak kuat nih... Kepala pon dh jadi blurr.
Alahaiii.. tido malam asek terganggu jek.
Urmm harap-harap tak laa makin teruk.
Sabor jelahh...... Udah ler, maleh doh nok nulih.
Lengoh abih wase.... Daa.. :p
Saturday, March 7, 2009
Visit My Bro Plus Jenjalan



umaat lepas, aku ngan famili pi melawat adik aku kat PLKN Bukit Jong, Kuala Krai, Kelantan. Kami bertolak kol 9 pagi. Destinasi pertama yang dituju ialah Pengakalan Kubor. Muahaha!!! Nak kata pi shopping tu, idak ler. Saje jenjalan cuci mate.... Kami sampai dlm kol 11 lebih. Banyak nau baju, shirts, kain tudung, jeans (local punyer made in Thailand - huhuhu!!) yang lawa-lawa. tapi nengok ler pulok regernye. Lemah lotut den! Yang paling aku geram - teddy bear! Comel siutttt!!!! Tapi lupa nak snap gambar teddy bear yang kiut miut ittew... Aku cuma beli makanan ringan jjek... Kacang senyum (Pistachio) ngan gajus (cashew nut). Best bangett. Pastu my famili gerak plak ke Rantau Panjang. Tapi singgah makan jelah. Tak dan nak pi round-round kat Rantau Panjang. Tak cukup masa!!
Pas makan tuh, kami tros ke PLKN. Dalam kol 3.30 lebih, kami pon sampai. Lenguh pukoq aku nih. Huhuhu.... Duk sembang-sembang dalam 3 jam, kami pon mengundurkan diri. Cheewaahh... Alang-alang nak balek Ganu nih, singgah kejap kat Pasar Wakaf Che Yeh. Sempat beli-belah cket ~ Part aku jelah. Muahaha!! Round-round kat pets shop jap. Sempat snap gambau rabbit ngan hamster. Comel sangat!! And then tros gerak balek Ganu... berenti makan satay kat Pasir Putih. Best gak r.. sambel minum ABC. Ahaks!! :p Sesampainye di ghumah... bersiram jap n then tros cari bantal empukku. Kroihhh!!!
Tuesday, March 3, 2009
Saat Ini...

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan
Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi
( bridge )
Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa
( korus )
Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian
Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya
( ulang bridge dan korus )
Tuesday, February 24, 2009
Tuesday, February 17, 2009
Kecohh!!!
Ni nak cter.. kat keje aku, berlaku satu kejadian yang tak diingini. Berlaku kat budak-budak bengkel. Aku tak sedar pon coz aku duk lam opis. Tetiba aku dengar ader orang jerit sambil terlompat-lompat. Aku ingatkan aper... rupa-rupanya ular sawa jatuh atas tangan dia. Ya Allah... kecoh dibuatnyer. Penakut jugak rupernyer eek. Kalah aku.. huhuhu...
Ular tu takder laa besor sangat. Dalam 2 jari jek, panjangnyer dekat sedepa kot. Kat dalam opis ni plak ader orang takleh tengok ular. Ape lagi... menjerit sakan laa kawan aku nan sorang nih. Masa tu dia dah pun duk atas kosi...nyorok kat belakang aku lak tu. Aku ni sakit perot duk tahan gelak. Geli-geli jugak.. tapi taklah cam si spider. Uhuk! Takot dowh!
Budak laki sorang ni plak suka usik kawan aku... makin menjerit laa dia. Perit tinge aku. Sabor jelah.. Meja kat kami duduk tu ader cermin... so, budak laki ni hulur laa ular yang duk belit tangan dia tu kat cermin tu. Aku tengok jelah. Cantik corak dia. Berbatik...berkilat kulit ular tu. Kawan aku lagi sorang sound kat aku.. 'Cantik mung kata?? Eiii geli akulahhhh!!!' Kwang kwang kwang... Budak-budak bengkel ni suka sangat usik we'all kat lam opis ni bila derang takder keje.. Aloh laa... Last-last ular tu kene buang. Fuhh.. selamat..
Saturday, February 14, 2009
Aksi Remp-It
Monday, February 9, 2009
Makan Luar
Friday, February 6, 2009
Siapalah Aku
Wednesday, February 4, 2009
Hampeh...
Aku dah bosan... aku dah bosan...aku dah bosan!!!!! Huargghh!!! Aku tatau nak tulih gaper.... otok blurr neh... Ejard si koya2.. buat sawan sokmo. Tapi aku tak kesah.. aku heppi walaupon kadang-kadang si 'pondan' tu menyakitkan hati aku. Entah paper arr.... Dialah my best pren aku. Terkadang aku lupe pasal dia... pahtu mula laa ngadu kat mak aku. Hawau tol. Doh la gi ngadu kat mak aku. Eii tak malu... huhuhu... Alerr aku tak kisah pon. Aku tau dia anak yatim piatu... Aku pon dah anggap dia cam abang aku. Paper masalah, aku cter kat dia.. Tapi tak sepenohnyer laa. Apa yang boleh aku kongsi, aku kongsi.... Nak luah kat boipren, aku takder boipren. Huhuhu.... Hok ader pon tak leh harap, hampeh! Ape laa salah aku.... Urmm nasib badan... Redha ajerlahh... Malah doh nok nulih panjang-panjang... Ilang mood doh. huhu....
Tuesday, February 3, 2009
Bila Aku Sudah Tiada
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
************************* @@@@@ **************************
Sunday, February 1, 2009
Fobia
Nak dijadikan cter... baru-baru ni, kat opis aku ada sekor ni makhluk Allah yang paling aku fobia.... yakni Spider. Tatau laa dari ceruk mana dia kuar. Tetiba jek terkedek-kedek melintasi aku. Aku pon apa lagi, otomatik r aku menjerit. Tapi slow jelah..... Huhuhu... Spider tu jenis bebulu, kaler grey. Bila aku tengok lagi skali, spider tu dah takder (nyorok kat almari gamaknyer..) aku pon berlari anak kat meja satu lagi kat belakang. Walaupun masa tu dup dap dup dap dok ilang lagi... mata aku melilau cari makhluk Allah tu. Sebagai berjaga-jaga kata orang...
Tup-tup kuar laa... terkedek-kedek lalu bawah meja sebelah meja yang aku duduk tuh. Ya Allah... nak pengsan aku dibuatnyer. Aku mintak tolong ngan kawan aku.. haram tak ditolongnyer aku yang dalam ketakutan dan kesusahan nih. Takot jugak kekdahnyer!! Alahaiii.... Masa tu spider tu betul- betul duk menghadap aku. Aku duk atas kosi ngan kedua-dua kaki aku naik sekali. Atas meja dahlah penoh ngan fail-fail yang menimbun. Aku yang tak tahan duk bertentang mata ngan spider tuh... dah mula menggigil sambil airmata bercucuran. Huwaaa...!!!! Aku bukannya apa, takot-takot 'memanjat' kosi yang aku duduk tuh! Tak ke naya?!! Aku jadi gelabah plus takot. Kawan aku syorkan suh lemparkan fail-fail yang ada atas meja tu kat spider. tapi aku sedaya upaya tanak cederakan spider yang tatau paper dan tak berdosa ittew!!
Seketika kemudian, sepantas kilat aku 'khabak' atas meja tu. Ahh lantak ar aper orang nak cakap. Uhuk!! Seb baik bebudak bengkel tak tengok aku 'khabak' and air mata aku yang bercucuran nih. Jenis aku ni, walau takot.. geli camner sekali pon.. aku akan tengok benda alah tuh. Aku nak make sure kan yang benda tu dah takder.. or dead! My God... rasa cam nak tercabut jek jantong aku. Menggigil aku dibuatnyer... Aleh-aleh aku suh budak praktikal tolong buangkan. Direct aku bagitau budak tu, 'Tolong jangan usik saya... Please lah!' Huhuhu... Dia pon semacam takot sebab ada sengat ko! Siap pakai glove lagik. Uhuk!! Balek umah aku tros inform kat my mom. My mom dah sedia maklum pangai aku... Benda-benda alah yang berkaki enam a.k.a insect memang aku takleh jumpa. Pantang ko! Tido malam seb baik tak ngigau... Huhuhu...
Thursday, January 15, 2009
Besday Boyy....
Wednesday, January 14, 2009
Heppy New Year 2009
Wahhh dah tahun 2009 ghopernyer.. Huhuhu... Selamat tahun baru. Apa azam baru? Ahaks! Aku ni kan dah lame nau tak hapdet blog nih. Aku rasa semacam dah lupe yang aku ni ader blog. Tak berkesempatan nak hapdet. Huhuhu... Urmm takpelah kan, ini blog aku yang punyer. So, suka ati akulah nak hapdet ke tak. :p Hua hua hua.... Keje
Urmm dah masuk tahun baru ni mesti ada azam baru kan... Aku ader azam baru ke?? Huhuhu.... Azam yang tahun-tahun lepas pon lom tertunai lagik. Ntah larr... Ape nak jadilah aku ni. Aku rasa laa kan, aku nak kawen ar.. Larikkk!!! Hahahaha... lambat lagi ler. Lom sampai seru lagi kot. Tapi member-member skola aku ramai yang dah kawen, dah beranak pinak pon. Aku ni bukannya muda lagi. Dah tua dahh..... Kita ni dari hari ke hari bukannya makin muda. Umur makin meningkat, kulit makin berkedut... Nak kawen pon takder saper yang nak kat kiter...:( Sesok, kalo dah gatai sangat nak menikah... suh jek mak bonda i tolong carikan. Tak gitu?? Tak salah kan.... Hehehehe... (Tapi aku taklah segatai dan segedik itteww.. Ahaks!!) Kalo ader jodoh ada rezeki, insyaAllah ada laa tu. Kalo takder, tawakkal jelah. Kena mandi bunga la jawabnye. Bley?? Huhuhu..... Choii!!!
Aku tak caye sangat bab-bab mandi bunga ni... Nonsense.... Yang aku percaya, jodoh pertemuan, ajal maut tu kan Allah yang tentukan. Setiap manusia kat muka bumi ni dah ditentukan saper jodoh memasing... (Wahh cam ustazah laa plak..) Tapi hasrat nak kawen tu memang ada laa. Entah saper la yang jadi my future hasben. Wawawa... :p Urmm tanak laa pikior lagi hal nih... Malas nak sakitkan kepala otak yang dah berserabut nih. K la, nak wat keje jab. Daa....